AS Beri Amaran Rusia Bakal Hilang Keahlian G8

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberi amaran, Rusia berisiko kehilangan tempat dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8) ekoran tindakan negara itu cuba campur tangan dalam konflik dalaman Ukraine.

Kerry memberitahu, kedudukan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam G8 tidak akan kekal sekiranya hal tersebut berterusan, di samping akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Rusia.

“Jika Rusia mahu kekal dalam G8, mereka perlu berundur dari Ukraine. Anggota G8 tidak teragak-agak untuk mengasingkan Rusia dalam sektor ekonomi ekoran tindakan menghantar tentera mereka memasuki Ukraine tanpa kebenaran,” katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen, NBC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *