Gareth Bale Tersenarai Bagi Anugerah Ballon d’Or

London – Penyerang Real Madrid, Gareth Bale adalah antara 23 pemain disenaraikan bagi Ballon d’Or 2014, lapor BBC.

Bale, 25, menyaringkan 22 gol untuk Real Madrid, musim lalu ketika kelab Spain itu memenangi Liga Juara-Juara.

Lima pemain dari Liga Perdana Inggeris, Thibaut Courtois, Diego Costa, Angel Di Maria, Eden Hazard dan Yaya Toure juga dicalonkan bagi anugerah pemain terbaik dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga akan berharap dapat mempertahankan gelaran itu sekali lagi.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi yang sudah menang anugerah ini tiga kali dalam tempoh empat tahun juga disenaraikan bersama rakan sepasukan, Neymar.

Jumlah calon akan dikurangkan kepada tiga pada Disember ini dengan pemenang bakal diumumkan pada 12 Januari di Zurich.

Sementara itu, Carlo Ancelotti yang membawa Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ke-10 serta memenangi Piala Super dan Copa del Rey, musim ini dicalonkan untuk anugerah jurulatih terbaik.

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dan Louis van Gaal (Manchester United) yang membimbing Belanda mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 2014 juga dicalonkan bersama jurulatih Jerman, Joachim Low.

 

Senarai Pemain Terbaik:

Gareth Bale (Wales, Real Madrid)

Karim Benzema (Perancis, Real Madrid)

Diego Costa (Sepanyo, Chelsea)

Thibaut Courtois (Belgium, Chelsea)

Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)

Angel Di Maria (Argentina, Manchester United)

Mario Gotze (Jerman, Bayern Munich)

Eden Hazard (Belgium, Chelsea)

Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Paris St-Germain)

Andres Iniesta (Sepanyol, Barcelona)

Toni Kroos (Jerman, Real Madrid)

Philipp Lahm (Jerman, Bayern Munich)

Javier Mascherano (Argentina, Barcelona)

Lionel Messi (Argentina, Barcelona)

Thomas Muller (Jerman, Bayern Munich)

Manuel Neuer (Jerman, Bayern Munich)

Neymar (Brazil, Barcelona)

Paul Pogba (Perancis, Juventus)

Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid)

Arjen Robben (Belanda, Bayern Munich)

James Rodriguez (Colombia, Real Madrid)

Bastian Schweinsteiger (Jerman, Bayern Munich)

Yaya Toure (Ivory Coast, Manchester City)

SENARAI JURULATIH TERBAIK

Carlo Ancelotti (Real Madrid)

Antonio Conte (Juventus-Itali)

Pep Guardiola (Bayern Munich)

Jurgen Klinsmann (AS)

Joachim Low (Jerman)

Jose Mourinho (Chelsea)

Manuel Pellegrini (Manchester City)

Alejandro Sabella (Argentina)

Diego Simeone (Atletico Madrid)

Louis van Gaal (Belanda-Manchester United)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *