Individu Tulis Fakta Palsu ‘Polis Bunuh 350 Peserta BERSIH 5’ Di Wikipedia, Perlu Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Pihak tidak bertanggungjawab menulis fakta palsu di laman maklumat terbuka Wikipedia yang mendakwa pihak polis membunuh 350 peserta perhimpunan haram BERSIH 5 dituntut untuk mohon maaf.

 

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan berkata, penulis tersebut jelas tidak bertanggungjawab dan “bercakap tanpa fakta”, petik Malaysian Digest.

 

Beliau berkata, maklumat palsu itu merupakan sat fitnah yang tidak boleh dimaafkan sekali gus mendesak individu yang memuatnaik tulisan itu mohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

 

Tambahnya, mengulas petikan di Wikipedia itu turut menyebutkan “Terdapat dakwaan bahawa polis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penyokong Bersih, membunuh lebih 350 orang”.

 

Bagaimanapun katanya, petikan tersebut telah dipadam.

 

Himpunan BERSIH 5 pada 19 November lalu, berlangsung tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sekali gus tiada laporan insiden tembakan berlaku pada hari berkenaan.

 

Demonstrasi tersebut juga kurang mendapat sambutan dan dikawal ketat ribuan pihak polis yang mengawal semua jalan utama yang menghubung ke Dataran Merdeka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *