Mahathir Akui Struktur Organisasi PPBM Lemah, Tak Boleh Buat AGM

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya disebabkan struktur parti yang lemah di peringkat cawangan dan bahagian.

Menurut pengerusi PPBM itu, disebabkan struktur parti yang tidak tersusun itu maka sukar untuk menentukan siapa yang akan hadir AGM.

Sementara struktur parti yang paling tidak tersusun adalah di peringkat cawangan.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa PPBM adalah parti yang bermasalah. Semalam PPBM Bahagian Batu Gajah telah dibubarkan dengan 1,000 ahli mengumumkan keluar parti sekali gus.

Keputusan itu dibuat selepas mereka kecewa dengan pelantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak yang didakwa ‘orang kuat’ Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Penaja Bahagian PPBM adalah keempat di Perak yang meninggal parti itu selepas Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar.

Apa yang pasti, PPBM kini diambang masalah. Salah satu sayapnya pemudanya, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

Bukan itu sahaja, Jun lalu, salah seorang Exco ARMADA, Abd Wahazir Abd Wahabi telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasa anak kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sejak dari awal penubuhannya, PPBM sebenarnya sudah dilanda masalah. Malah bekas pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman telah memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

Beliau berbuat demikian kerana melihat perjuangan PPBM sudah terpesong, malah banyak ahli yang hilang kepercayaan kepa­da kepe­mimpinan yang meman­dang ahli-ahli parti mengikut ‘darjat’ dan ‘kasta’.

Tindakan keluar parti itu kemudian disusuli pula oleh Datuk Hamidah Osman dan Anina Saadudin. Mereka ini adalah pengasas PPBM tetapi mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana kecewa.

Jika dulu Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan beliau akan mengumumkan jumlah keahlian PPBM, tetapi hingga ke sudah tiada pengumuman dibuat.

Dengan masalah demi masalah yang berlaku dalam PPBM ini, agak-agaknya berapa lama ia akan bertahan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *