Demi Berkahwin Dengan Kekasihnya, Lelaki 35 Tahun Ini Lakukan Pertukaran Alat Sulit, Pernikahan Tak Dijangka Seperti Ini

Jika ramai orang mengatakan cinta boleh mengubah segalanya, hal ini terbukti pada kisah cinta pasangan yang berasal dari Thailand ini.

Monchai Saentongsuk, 35 memutuskan perkara yang begitu penting untuk hidupnya. Dia melakukan perubahan jantina dari seorang lelaki kepada wanita hanya untuk berkahwin dengan kekasihnya, seperti dilaporkan dari World of Buzz.

Monchai sangat mencintai Anurak Inno,23, begitu juga sebaliknya.

(worldofbuzz)

Keduanya sudah menjalinkan hubungan selama 5 tahun dan baru-baru ini viral mereka telah membelanjakan banyak wang untuk majlis perkahwinan mereka.

Mereka mengadakan majlis besar-besaran di China. Anurak turut memberikan mas kawin sebanyak RM126,321 kepada pengantin perempuan.

(worldofbuzz)

Terdiri dari RM37,896.58 wang tunai, rantai dan gelang emas, serta dua cincin kahwin.

Tidak  dijelaskan di mana dia melakukan pembedahan pertukaran alat kelamin, tetapi dikatakan dia melakukannya setahun sebelum bernikah.

(worldofbuzz)

Monchai mengatakan bahawa dia sangat bahagia apabila bersama Anurak. Anurak dikatakan seorang yang sangat memahami dirinya.

Sehinggakan dia tidak ingin hubungan mereka terpisah kerana masalah kelamin. Disebabkan itulah dia memutuskan untuk melakukan perubahan alat kelamin

(worldofbuzz)
(worldofbuzz) 

Dia juga menceritakan permulaan pertemuan mereka ketika mereka bekerja di sebuah syarikat daging. Keduanya menjadi semakin rapat sehingga bercinta dan memutuskan untuk berkahwin.

Di Thailand perkahwinan sesama jenis tidak diiktiraf, namun pembedahan penukaran alat kelamin sangat biasa  dilakukan di sana.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *