Sarawak Beri Insentif Sebulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Negeri

KUCHING ― Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan kerajaan negeri buat kali pertamanya akan memberikan insentif khas sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri.

Beliau berkata pembayaran insentif khas ini akan dilaksanakan pada Disember ini.

Ketua menteri berkata kerajaan negeri mempunyai keupayaan kewangan  untuk  membayar insentif khas melibatkan peruntukan RM45 juta.

‘Saya percaya pembayaran insentif khas ini memberikan lebih motivasi kepada penjawat amam  untuk  meneruskan penyampaian perkhidmatan mereka yang cemerlang,” kata beliau dalam ucapan penggulungannya di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Abang Johari berkata sejak beberapa tahun lepas penjawat awam Sarawak telah berkhidmat dengan cemerlang biarpun menggalas tanggungjawab yang lebih berat dan peningkatan beban kerja yang pesat dalam bentuk projek dan program.

“Sebagai menghargai penjawat awam negeri yang berdedikasi dan telah menyumbang  kepada  kemajuan  dan pertumbuhan negeri yang memanfaatkan rakyat.

“Pembayaran insentif khas ini juga berdasarkan  prestasi  kewangan yang baik dan kedudukan  kewangan  negeri yang sihat, hasil usaha dan komitmen mereka dalam memberikan khidmat, serta perbelanjaan yang berhemat, pengurusan kewangan yang berdisiplin oleh perkhidmatan awam,” kata ketua menteri. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *