Ustaz Fathul Bari Respon Cadangan Syed Saddiq

Islam mengajar umatnya untuk memahami keutamaan atau Al Aulawiyyat didalam meletakkan sesebuah hukum, kata pendakwah Islam, Ustaz Datuk Dr Fathul Bari.

Ujarnya, kempen memakai kondom bagi mengelak daripada mengandung anak luar nikah lantas menyumbang kepada kes pembuangan anak tidak sepenting kempen menghalang daripada zina.

“Kalau tiada zina, maka tiadalah hamil anak luar nikah, tiada buang anak, tiada jangkitan kuman. Jadi, nak kempen yang mana dulu? nak kempen Kondom atau atau Kempen Tolak Zina?

“Islam ajar Fiqh Al Aulawiyyat (mamahami ketuamaan). Jika tak faham, tanya ya. Tq,” tweet Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri itu.

Fathul berkata demikian mengulas kempen disebutkan oleh netizen di laman mikro twitter yang berpandangan pemakaian kondom bukan sahaja mencegah daripada hamil tetapi juga mencegah daripada dosa besar.

“Kalau dah mengandung lepastu buang bayi lagi berganda berdosa. Orang suruh pakai kondom kau cakap orang galakkan zina. Zina ni kalau tak suruh pun orang buat. Otak ada fikir sikit,” kata pengguna twitter berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tweet Dr Fathul pada Rabu yang menepis kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencadangkan agar remaja diberi pendedahan kaedah seks selamat sebagai kaedah kawalan kes kandungan sebelum berkahwin, seterusnya mengelak daripada peningkatan kes pembuangan bayi.

“Kenyataan Syed (Saddiq) menggambarkan promosi berzina dalam bahasa yang positif “seks selamat” disamping mengawal kelahiran anak luar nikah. Tak betul tu Syed.

“Sewajarnya kita fikirkan solusi untuk kawal segala perjara yang boleh membawa kepada zina. Itu keutamaan paling minimum,” kata Dr Fathul.

Bercakap kepada Malaysian Digest, Dr Fathul menjelaskan, Islam juga mempunyai pendidikan seks dimana penekanan diterapkan melalui pernikahan yang sah.

Ujarnya, pernikahan yang sah menjamin kepada hubungan seks yang selamat, bersih dan bebas daripada sebarang keraguan menghidapi penyakit kelamin (STD).

Ianya juga sekaligus mencegah daripada kes pembuangan bayi dimana anak yang dilahirkan bukanlah anak luar nikah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *