Model Lelong Dara Pada Ahli Perniagaan Dubai

Seorang model mendakwa dia berjaya melelong daranya pada seorang ahli perniagaan dari Abu Dhabi dengan nilai bidaan hampir mencecah RM12 juta. Giselle, 19, menyifatkan ia sebagai mimpi jadi kenyataan.

Model yang menetap di Amerika Syarikat itu melelong daranya menerusi laman web Cinderella Escorts. Selain ahli perniagaan itu, seorang aktor Hollywood turut membuat bidaan sebanyak RM11 juta.

Giselle memberitahu wang berkenaan akan digunakan untuk membiayai pengajiannya di universiti, membeli rumah dan dia juga mahu mengelilingi dunia.

“Saya gembira kerana memutuskan untuk menjual dara saya menerusi Cinderella Escorts. Saya tidak pernah bermimpi akan mendapat bidaan setinggi itu,’’ katanya, lapor Newshub.

Dia juga memberitahu, perkara berkenaan adalah keputusannya sendiri dan dia berhak ke atas badannya.

“Kalau saya bersama seseorang yang bukan kekasih saya, itu keputusan saya. Lagipun wanita boleh lakukan apa yang mereka nak dengan badan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *